Nenek 80 tahun finalis Miss Universe Korea
SEOUL – Seorang nenek berusia 80 tahun bersedia merebut gelaran Miss Universe Korea 2024 sekali gus memberi peluang kepadanya untuk mewakili negara itu pada pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2024 di Mexico November ini.
Portal berita Mothership melaporkan, Choi Soon-hwa merupakan antara finalis Miss Universe Korea yang diadakan hari ini.
Sekiranya bergelar juara, Soon-hwa bakal menjadi peserta Miss Universe paling tua di dunia, mengetepikan peserta dari Malta yang berusia 40 tahun, Beatrice Njoya.
“Saya mahu mengejutkan dunia yang akan berfikir ‘bagaimana seorang wanita berusia 80 tahun boleh menjadi sangat sihat’,” katanya.
Soon-hwa yang dilahirkan ketika Perang Dunia Kedua berkata, dia sering muncul dalam majalah-majalah fesyen seperti Harper’s Bazaar dan Elle edisi Korea.
Pada tahun ini, Pertubuhan Miss Universe menarik balik sekatan umur untuk peserta dengan membenarkan wanita dewasa dari semua peringkat umur untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.
Sebelum ini, hanya wanita berumur antara 18 hingga 28 tahun yang layak menyertai acara tersebut.
Namun kini, wanita sama ada bujang, berkahwin, bercerai atau mempunyai anak turut dibenarkan untuk mengambil bahagian. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source