King Sing wakili Malaysia terima mandat hos WTD 2025
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing ke Tbilisi, Georgia bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menerima mandat yang dipilih sebagai negara hos penganjuran program Sambutan World Tourism Day (WTD) 2025.
Melaka telah dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran WTD 2025 di peringkat global.
“Saya ke Tbilisi, Georgia bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk menerima mandat yang dipilih sebagai negara hos penganjuran sambutan WTD 2025 di peringkat global bertemakan ‘Tourism and Sustainable Transformation’.
“WTD 2025 akan mempamerkan Malaysia sebagai lokasi yang mengekalkan warisan budaya asli dan khazanah alam semula jadi.
“Turut mengiringi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
WTD 2025 turut diadakan serentak dengan edisi ketujuh Persidangan Pelancongan Dunia (WTC).
Jelas beliau, penganjuran WTD yang mengumpulkan kira-kira 160 negara anggota seluruh dunia dilihat mampu berfungsi sebagai platform kepada pelbagai pihak berkepentingan untuk mengiktiraf dan merasai kesan global sektor pelancongan terhadap aspek sosial, budaya, politik dan ekonomi.
“Malaysia juga berusaha mengekalkan komitmen terhadap identiti unik yang dimiliki sebagai sebuah negara yang mampan dan kaya dengan budaya di samping memastikan industri pelancongan tempatan turut mendapat manfaatnya.
“Saya turut berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Perdana Menteri Pertama merangkap Menteri Ekonomi dan Pembangunan Mampan Georgia, Levan Davitashvili; Menteri Pelancongan Kerajaan Bahrain, Fatima Jaafar Al Sairafi; Menteri Ekologi, Perlindungan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Republik Uzbekistan, Aziz Abdukhakimov serta Setiausaha Agung Pelancongan PBB, Zurab Pololikashvili.
“Melalui kunjungan hormat ini, perbincangan mengenai inisiatif dua hala dan peluang masa depan berkaitan pembangunan industri pelancongan antara Malaysia, Georgia, Bahrain, Republik Uzbekistan dan Pelancongan PBB turut dibincangkan dalam mempersiapkan Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026),” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source