Anwar imbau peranan besar Tun Jugah di Sarawak
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimbau Kembali peranan besar yang telah dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Kapit, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Anak Jugah dalam mendirikan negara bangsa Malaysia.
Jelas beliau, Tun Jugah yang merupakan anak jati Kapit tidak menerima pendidikan ‘formal’, termasuk di sekolah menengah dan universiti tetapi punyai jiwa dan sikap ihsan yang jitu, tinggi kefahaman mengenai politik rantau dan ada kesedaran yang jelas mengenai masa depan dan kedudukan bangsa.
” Sebagai pemikir dan pejuang bangsa, Tun Jugah mengemudi masyarakat di saat negara dan dunia yang berantakan berlatarbelakangkan perang dingin (cold war) antara blok Barat yang diketuai Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet (USSR/Rusia) yang mengepalai blok Timur.
” Alhamdulillah, saya berasa amat gembira dapat bersama warga Kapit saat hadir ke Dewan Suarah Kapit ini buat kali kedua pada hari ini.
“Kali pertama saya hadir ke bumi Kapit ialah semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1995 bersama ayahanda kepada Ahli Parlimen Kapit iaitu Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Anak Jugah di pentas yang sama selepas 29 tahun,” tulisnya di Facebook hari ini.
Terdahulu, Anwar telah mengadakan siri lawatan rasminya ke Sarawak semalam sambal diiringi Premier Sarawak Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
Tambah Anwar, beliau turut menyatakan secara tegas bahawa Kerajaan Persekutuan komited kepada menunaikan janji yang dimeterai bapa dan pendiri negara yang terdahulu melalui Perjanjian Malaysia 1963.
“Saya tidak bersikap defensif dalam hal ini, malah akan terus pastikan visi dan wawasan pemuka dan pendiri negara dimaknai secara bijaksana, cermat dan berhemah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source