Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan Israel
BEIRUT: Hezbollah mengesahkan pengasas yang juga Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah terbunuh dalam serangan udara Israel di Beirut, semalam.
Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu memaklumkan Nasrallah turut terkorban bersama beberapa pejuang lain.
Susulan kematian itu, Hezbollah berikrar untuk meneruskan perang menentang musuh dan menyokong perjuangan Palestin.
“Kematiannnya hanya akan menguatkan tekad (Hezbollah) untuk meneruskan perjuangan menentang musuh Israel dan membebaskan Palestin,” katanya.
Nasrallah, yang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, merupakan sasaran paling berpengaruh yang dibunuh Israel sepanjang beberapa minggu pertempuran sengit itu.
Tentera Israel mendakwa melancarkan serangan udara tepat di ibu pejabat Hezbollah di Dahiyeh, selatan Beirut ketika kepemimpinan kumpulan itu bermesyuarat.
Kematian Nasrallah menandakan detik penting dalam konflik berterusan antara Hezbollah dan Israel.
Pada masa sama, Iran mengumumkan seorang jeneral terkemuka dalam pasukan Pengawal Revolusi separa tenteranya turut terbunuh dalam serangan sama.
Abbas Nilforushan, 58, disahkan terkorban pada Jumaat di Lubnan, lapor agensi berita IRNA milik kerajaan Iran.
Sejak Isnin, tentera Israel melancarkan serangan paling sengit terhadap Lubnan sejak konfrontasinya dengan Hezbollah bermula kira-kira setahun lalu.
Sebagai tindak balas, Hezbollah melancarkan ratusan roket ke kawasan tentera Israel, penempatan dan ibu pejabat Mossad di Tel Aviv, menurut pemerhati.- AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source