GISBH: PDRM siasat dakwaan wujud pusat kuarantin dalam, luar negara
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia hari ini membuka sebanyak 10 kertas siasatan dalam perkembangan terbaharu siasatan kes Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) setakat ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Jelasnya, 10 kertas siasatan itu dibuka hasil laporan polis berhubung isu buruh paksa yang diterima daripada beberapa individu yang pernah bekerja dengan syarikat GISBH.
“Dalam satu lagi perkembangan lain, PDRM juga sedang menjalankan siasatan ke atas maklumat yang dimuat naik melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) yang mendakwa kononnya wujud Pusat Kuarantin GISBH di beberapa lokasi di dalam dan luar negara.
“Pusat kuarantin ini dipercayai merupakan tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli-ahli GISBH yang bermasalah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razarudin berkata, pihaknya juga sedang giat mengesan aset-aset yang dikaitkan atau dimiliki oleh GISBH bagi membantu siasatan lanjut polis dalam kes tersebt.
Mengulas lanjut berhubung dengan kenyataan media 25 September lalu yang menyatakan bahawa “GISBH tidak pernah membayar cukai berkaitan”, Razarudin berkata, ia merujuk kepada tahun taksiran terkini yang sedang disiasat oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dengan kerjasama PDRM.
Ujarnya, siasatan terbabit memfokuskan kepada beberapa syarikat di bawah GISBH yang dipercayai gagal mematuhi beberapa peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source