Fazura Menangis Hampir Setiap Malam
Dilihat tenang dan ceria ketika hadir prosiding kes cerai pada Rabu lalu, sebaliknya pengurus kepada pelakon Nur Fazura iaitu Iman Tang mendedahkan aktres itu setiap malam bersedih.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik Kosmo, Iman berkata Fazura terkesan dengan apa yang belaku dalam rumah tangganya bersama Fattah Amin dan dia sering menangis ketika meluahkan rasa isi hatinya.
BACA: “Hari Ini Birthday Fazura, Fattah Tahu Apa Sepatutnya Kena Buat” – Netizen
Menurutnya, tiada wanita yang mahukan perkahwinan dibina berlaku sedemikian dan sudah pasti Fazura juga impikan rumah tangga yang bahagia.
“Ada yang kata Fazura depan media boleh senyum, takkanlah dia nak menangis. Sebenarnya dia memang sedih, setiap malam bersedih. Kadang-kala, kami berborak hingga lewat malam dan saya juga menjadi saksi dia tidak dapat menahan air matanya itu.
“Mana-mana wanita yang mengimpikan alam perkahwinan yang bahagia juga tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Jadi janganlah kita salah mentafsir.
“Saya tahu dia (Fazura) kuat. Tapi apabila dia telefon saya dan menangis, saya katakan kepadanya, menangislah sepuas-puasnya agar dia lega, jangan tertekan dan memendam perasaan,” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada Fattah pernah berkongsi mengenai hal rumah tangga, Iman berkata tidak pernah sebaliknya hanya meminta nasihat berkaitan kerja.
“Fattah tidak pernah kongsi atau minta nasihat dari saya berkaitan rumah tangganya. Dia ada hubungi saya tapi tidak bercakap mengenai Fazura sebaliknya minta nasihat mengenai kerjaya.
“Selepas permohonan cerai dilakukan Fazura pun, Fattah tidak cuba hubungi saya dan kalau dia tanya mungkin saya boleh bantu.
“Saya juga tak gembira dan sebagai seorang muslim saya pun enggan masjid yang dibina sahabat kita runtuh. Siapa sangka keluarga sempurna Fazura, Fattah dan Fatima boleh sampai ke penghujung sebegini,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source