Penangguhan Hukuman Ditolak, PU Azman Ke Penjara Kajang Serta Merta
Selepas pemohonan untuk menangguhkan hukuman ditolak, pendakwah selebriti PU Azman dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan bermula hari ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Memetik BH Online, Hakim Noridah Adam menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan permohonan dibenarkan.
BACA: “Saya Dedah Kes PU Azman Sebab Takut Kepada Azab Allah”
“Permohonan peguam menangguhkan hukuman ditolak kerana tiada keadaan khas yang dikemukakan kepada mahkamah,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad berkata, tiada keistimewaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mengambil kira kesalahan jenayah sudah dibuktikan.
Bagaimanapun, peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili PU Azman selaku pemohon berkata, anak guamnya adalah pesalah pertama dan masih berdepan beberapa pertuduhan di mahkamah lain.
Difahamkan, PU Azman berdepan lima lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam, satu di Mahkamah Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.
Dalam pada itu, pasukan pembelaan PU Azman akan memfailkan rayuan berkaitan hukuman tersebut di Mahkamah Tinggi secepat mungkin.
Hari ini, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan terhadap PU Azman selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source