PRK Mahkota: Pengundi bekerja di Singapura baliklah tunai tanggungjawab – Onn Hafiz
JOHOR BAHRU – Pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang bekerja di Singapura dirayu untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK), esok.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peranan mereka penting dalam menyuburkan lagi sistem demokrasi di negeri ini.
Katanya, bagi memudahkan perjalanan pengundi di DUN Mahkota menunaikan tanggungjawab mereka, kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah proaktif ke arah itu.
“Saya telah berhubung dengan pihak Imigresen dan Kastam untuk membantu agar perjalanan saudara dan saudari pada hari ini dan esok dengan melancarkan lagi operasi bagi mengelakkan berlaku kesesakan.
“Jadi, saya merayu kepada saudara sekalian untuk pulang mengundi pada Sabtu ini (esok) agar kita menyuburkan lagi sistem demokrasi dan bersama membangunkan negeri Johor, DUN Mahkota yang kita cintai,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya.
Menurut Onn Hafiz, banyak yang telah dibuat oleh kerajaan Negeri dengan bantuan kerajaan Persekutuan untuk memudahkan hampir 300,000 rakyat Malaysia yang berulang alik ke republik itu setiap hari.
“Antaranya ialah kita tambah bas, menambah bilangan pegawai Imigresen, menambah kaunter, kita menaik taraf infrastruktur dan sistem dan pelbagai lagi.
“InsyaAllah, banyak lagi yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri untuk melancarkan lagi operasi kita di Tambak Johor dan di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua),” katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 61,397 pengundi layak mengundi di 20 pusat membabitkan 109 saluran yang akan dibuka serentak pada 8 pagi hingga 6 petang esok. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source