Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah Capai Penyertaan Hampir 2,000 Peserta
KLANG, 26 September 2024 – Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas…
Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah merupakan pelaksanaan zon keempat setelah pelaksanaan di Zon Pantai Timur, Zon Sabah dan Zon Selatan yang lalu.
Malaysia Techlympics 2024 peringkat Zon Tengah telah menyaksikan seramai hampir 2,000 orang peserta dari negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya datang berkumpul bersama-sama di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Klang, Selangor.
Kehadiran mereka ini adalah untuk bersaing bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya nanti.
Majlis Perasmian MT 2024 Zon Tengah telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). MOSTI turut diwakili oleh YBrs. Pn. Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan Sains; serta YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
Dalam ucapan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, matlamat dan objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta melalui kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.
MOSTI komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics.
Antara teknologi yang sedang berkembang pesat adalah teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Teknologi ini banyak diguna pakai dalam bidang perniagaan dan beberapa industri yang berkaitan.
Melihat kepada kepentingan teknologi ini kepada negara, antara pengisian aktiviti dan pertandingan Malaysia Techlympics turut menekankan aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan, pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics ini, anda dijemput untuk melayari laman web rasmi www.mytechlympics.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source