Bank Rakyat umum dividen istimewa sempena 70 tahun
PETALING JAYA: Bank Rakyat akan mengagihkan dividen istimewa sebanyak dua peratus kepada 784,487 ahlinya berjumlah RM56.6 juta sempena ulang tahun ke-70, Sabtu ini.
Bank Rakyat memaklumkan, pembayaran dividen istimewa itu mencerminkan komitmennya untuk terus memberikan pulangan yang kompetitif kepada ahli.
Selain itu, katanya, ia juga menandakan pencapaiannya yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat sebagai salah satu institusi kewangan Islam terbesar serta bank koperasi Islam terbesar di negara ini.
“Bank Rakyat komited untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan yang baik dan kekal relevan saban tahun dipacu oleh pelaksanaan pendekatan baharu berlandaskan pelan perniagaan dan pelan strategik jangka panjang.
“Ini termasuk memanfaatkan potensi yang boleh diteroka dalam perniagaan dan operasi melalui transformasi digital bagi mewujudkan nilai jangka panjang untuk anggota dan pelanggan.
“Dividen ini bukan sahaja merupakan tambahan kepada pendapatan anggota tetapi juga membantu mencapai matlamat kewangan peribadi mereka, sama ada untuk
simpanan, pelaburan atau perbelanjaan harian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 5 April lalu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.
Ini termasuk pengumuman dividen istimewa sebanyak dua peratus bersempena dengan ulang tahun ke-70.
Selain itu, Kumpulan Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak RM1.76 bilion, berbanding RM1.70 bilion pada tahun sebelumnya.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.8 peratus atau RM64.48 juta. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source