Warga Emas Beli Ayam Goreng Setiap Hari Selama Hampir Setahun Untuk Bagi Kucing Jalanan – “Hujan Lebat Macam Mana Pun Dia Datang Juga”
Ramai warganet tersentuh selepas kisah seorang lelaki bernama Mamu ini dikongsikan oleh pemilik sebuah restoran makan.
Menurut pemilik Nasi Kandar Sulaiman, Mamu datang ke restoran itu setiap hari selama hampir setahun dan membeli ayam goreng untuk diberikan kepada kucing jalanan.
Mamu kita ini sudah hampir setahun lebih hari-hari datang beli ayam dua ketul semata-mata nak bagi makan kepada kucing. Hujan lebat macam mana pun beliau masih akan datang dengan pakai baju hujan. Beliau kata kucing-kucing itu sentiasa akan tunggu beliau datang.
Malah, semua pekerja di restoran itu sendiri sudah mengenali Mamu kerana mereka nampak sendiri lelaki itu memberi makan kepada kucing di kawasan sekitar.
Beliau datang secara konsisten beli ayam goreng, sehari kalau seketul pun RM5.50 darab 365 hari sudah hampir RM2,007 beliau belanjakan duit beliau untuk kucing makan.
Kisah Mamu menyentuh hati ramai warganet yang percaya kebaikan dibuatnya setiap hari itu akan mendapat balasan setimpal suatu hari nanti.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source