Dengar bunyi letupan sebelum tebing rumah runtuh
KOTA TINGGI – Sebuah keluarga di Taman Sri Saujana di sini bimbang akan keselamatan mereka selepas tanah runtuh berlaku di bahagian tepi kediaman ekoran kesan dari hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam, petang tadi.
Rohana Sulaiman, 44, berkata, tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 2.30 petang melibatkan tebing rumah dan bahagian saliran air itu menyebabkan sebahagian tembok rumahnya tergantung selepas tanah terhakis.
Katanya, sebelum ini kawasan terlibat memang telah berlaku hakisan tanah namun tidak terlalu besar dan telah ditutup kanvas oleh pihak berkuasa.
“Hari ini memang sangat terkejut, hujan sangat lebat kami dengar seolah bunyi letupan sebelum tembok saliran itu runtuh. Bila tembok runtuh hakisan tanah mula berlaku menyebabkan tembok rumah kami seperti tergantung kerana sudah tiada tanah dibawahnya.
“Memang takut terutama keselamatan diri dan keluarga. Tambahan pula sekarang memang musim hujan. Apa yang membimbangkan kami jika bahagian lain pula turut runtuh.
“Setiap kali hujan memang tidak tidur lena, apatah lagi bila jadi seperti ini bahkan sekarang keadaan semakin teruk,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, pihak berkuasa juga telah memasang tali keselamatan di bahagian rumahnya yang terjejas akibat runtuhan itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source