Sindiket edar jus dadah di Pulau Pinang tumpas
GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran jus dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan pelbagai jenis dadah bernilai RM590,100 susulan penangkapan seorang suspek lelaki di Jelutong, semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihak polis menahan suspek lelaki berusia 26 tahun ditahan di kawasan tempat letak kereta dalam operasi kira-kira pukul 4.25 petang kelmarin hingga 3.30 pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan pihak polis telah merampas 11 paket plastik pelbagai warna (hijau, biru muda, putih susu, putih) disyaki dadah jenis serbuk jus MDMA seberat 259 gram bernilai RM3,300 serta satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 12.0 gram bernilai RM2,400,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, susulan penahanan suspek telah membawa polis ke sebuah rumah yang dijadikan stor penyimpanan jus dadah jenis MDMA di kawasan Jelutong, kira-kira pukul 4.50 petang semalam.
“Polis telah merampas 1,134 paket plastik berwarna (hitam,merah jambu, merah, biru muda, hijau, putih) dan 10 balang plastik lutsinar berpenutup setiap satu berisi serbuk dadah disyaki dadah jenis mdma anggaran berat 37.69 kilogram bernilai RM560,040.
“Turut dirampas tiga paket plastik lutsinar setiap satu mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis ketamin anggaran berat 76.80 gram bernilai RM15,360, 128 biji pil berwarna (kuning, merah jambu) disyaki dadah jenis ekstasi anggaran berat 47.45 gram bernilai RM6,400.
“Selain itu, polis turut merampas 10 biji pil disyaki dadah jenis erimin 5 anggaran berat 11 gram bernilai RM800, enam bekas plastik berisi cecair disyaki cecair dadah anggaran berat 47.70 gram bernilai RM1,800,” katanya.
Tambahnya, hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini baru bergiat aktif awal Mac tahun ini dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan seramai 9,500 orang atau 9,500 kali penggunaan.
“Hasil ujian saringan air kencing mendapati tangkapan positif dadah jenis benzo/ketamin serta mempunyai kesalahan jenayah dan dadah lampau.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula sehingga 30 September depan untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut menyita sebuah kenderaan iaitu kereta jenis Proton X50 bernilai RM90,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source