Kelibat Isteri Da’i Syed Seorang Diri Di Mahkamah Cetus Tanda Tanya
Kehadiran isteri kepada Da’i Syed yang juga personaliti TV iaitu Hana Ismail di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mencetuskan tanda tanya.
Menerusi perkongsian Astro Gempak, Hana dilihat hadir dengan berjubah dan cermin mata serba hitam juga turut dilaporkan berada di kaunter pembayaran ikat jamin di mahkamah.
BACA: Dibebaskan Sementara, Da’i Syed Kongsi Video Tolak Stroller Anak
Apabila ditanya mengenai kehadirannya di lokasi tersebut sekitar jam 12 tengah hari tadi, Hanya enggan memberikan komen.
“Saya datang nak beri sokongan kepada rakan,”katanya ringkas dalam keadaan tergesa-gesa.
Hana dilihat berada di kaunter ikat jamin mahkamah sesyen hampir 15 minit kelihatan memegang sehelai kerta sebelum naik semula ke tingkat atas untuk menyerahkan dokumen.
Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram Hana mendapati tiada lagi gambar dia bersama suami kecuali gambar bersama bayi mereka.
Jumaat lalu, Da’i Syed dibebaskan sementara di Penjara Kajang dan sempat berkongsikan video meluangkan masa bersama anak perempuannya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source