BHPetrol labur RM45 juta, bina 10 stesen minyak luar bandar
PUTRAJAYA- Syarikat subsidiari di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Berhad, BHPetrol bersetuju melabur sebanyak RM45 juta bagi pembinaan 10 stesen minyak di kawasan luar bandar.
Persetujuan itu diputuskan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara BHPetrol dan lapan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi pembinaan stesen minyak seperti di Pahang, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Majlis menandatangani MoU itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurut Ahmad Zahid, KKDW sentiasa berusaha mengurangkan jurang antara desa dan bandar bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang dan inklusif.
“Kawasan luar bandar di Malaysia sering dicirikan oleh tahap infrastruktur rendah, akses terhad serta jurang pembangunan ketara
berbanding kawasan bandar.
“Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi desa amat penting kerana ia mempengaruhi pembangunan negara dan kesejahteraan sosial secara keseluruhan. “ katanya pada Majlis MoU Antara Agensi KKDW dan BHPetrol di sini tadi.
Katanya, usaha pembangunan luar bandar tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan semata-mata tanpa kerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
”Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas kepada BHPetrol atas kepedulian mereka terhadap masyarakat luar bandar melalui usahasama dengan agensi KKDW dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
“Inisiatif terbabit bukan sahaja memacu teknologi di kawasan setempat, tetapi turut memberi peluang kepada usahawan desa untuk memasarkan produk mereka, sekaligus meningkatkan pendapatan” katanya.
Pada majlis itu juga, Ahmad Zahid turut menyaksikan penyerahan surat niat daripada BHPetrol kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi penempatan produk kecil sederhana di 300 kedai serbaneka BHPetromart seluruh Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source