28 cedera gempa bumi di Iran
TEHERAN: Sekurang-kurangnya 28 cedera selepas satu gempa bumi sederhana 5.2 skala Richter menggegar Bojnurd di wilayah Khorasan Utara di timur negara ini, semalam.
Agensi berita kebangsaan IRNA melaporkan, gegaran itu berlaku pada pukul 4.13 petang waktu tempatan pada kedalaman lapan kilometer.
Menurut Pusat Seismologi Iran, empat gegaran susulan turut direkodkan dengan dua daripadanya bermagnitud 4.7 dan 4.1 pada skala Richter.
Ketua Pengarah Jabatan Pegurusan Bencana dan Kecemasan Perubatan di Khorasan Utara, Taqi Dolatabadi dipetik IRNA sebagai berkata, mangsa yang cedera retak di beberapa bahagian badan dan mengalami trauma.
“Sebanyak 18 mangsa perlu menerima rawatan dan masih berada di hospital,” katanya seperti laporan agensi berita Xinhua.
Tambah beliau, anggota kecemasan, paramedik dan pasukan keselamatan kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga di seluruh wilayah berikutan kebimbangan gegaran susulan.
Laporan awal menyebut, gegaran turut mengakibatkan kerosakan kepada rumah-rumah di beberapa kampung, namun tidak menglibatkan kematian.
Iran sering mengalami gempa bumi dengan yang terburuk berlaku pada 2013 apabila sekurang-kurangnya 34,000 maut dalam gegaran sekuat 6.7 pada skala Richter di Bam, wilayah Kerman di tenggara negara ini.
Pada Julai 2022, gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter menggegar wilayah Hormozgan di selatan Iran, menyebabkan lebih 80 terbunuh. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source