“Saya Yakin Abang Bas Tak Berniat Seperti Yang Digembar Gemburkan”
Terdahulu, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menangis apabila menonton video Abang Bas memeluk ibunya selepas bebas dari tahanan dan telah diikat jamin.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Vida berkata sebagai ibu dia rasa kasihan dan simpati apabila melihat momen Abang Bas bertemu semula dengan keluarganya.
BACA: Datuk Seri Vida Kesian, Menangis Tengok Video Abang Bas Peluk Ibu
Perkongsian Vida itu turut mendapat perhatian pelakon Abby Abadi yang meninggalkan komen bahawa dia yakin Abang Bas tidak berniat seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.
Menurut Abby lagi, dia mempunyai pendapat yang sama dengan Vida berkenaan isu Abang Bas serta mendakwa ramai yang berprasangka buruk terhadap individu itu.
Dalam pada itu, Abby turut berharap Allah dapat membantu Abang Bas menyelesaikan kes berkenaan dengan sebaiknya.
Komen Abby itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut, malah ada yang mengatakan mereka melihat Abang Bas seorang yang ikhlas sayangkan kanak-kanak.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source