Anak Sulung Noh Salleh Meninggal Dunia Dalam Kandungan
Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isteri, Fatin Athira meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Khabar duka itu dikongsikan oleh Noh di Instagram miliknya sebentar tadi serta memandang positif terhadap ujian yang dilaluinya bersama isteri.
BACA: Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Baru Berjinak-Jinak Menipu?
Hari ini 22nd Sept 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak didalam kandungan. Korang tak tau kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal.
“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata upgrade diri sebagai suami isteri,” tulisnya.
Sementara itu, Noh dan isterinya turut meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan yang tidak henti memberi kekuatan, doa dan menemani di saat mental dan emosi tidak stabil.
Noh juga memberitahu, mereka turut menamakan anak syurga mereka ‘Julian’ dan berharap agar diberi keizinan untuk bertemu dengannya kelak.
Difahamkan, Noh memuat naik hantaran berkenaan pada hari ini sempena ulang tahun perkahwinan pertamanya dengan isteri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source