1,118 saudara baharu didaftarkan di Selangor
KUALA LANGAT: Usaha berterusan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyebarkan syiar Islam membuahkan hasil apabila mendaftarkan seramai 1,118 mualaf sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai program dan kempen berkaitan pendedahan agama Islam di seluruh Selangor termasuk berkaitan maklumat pendaftaran pengislaman secara menyeluruh, tepat yang boleh dijadikan panduan kepada golongan saudara baharu.
“Sepanjang tempoh 2003 hingga Ogos lalu, MAIS telah berjaya mendaftarkan seramai 2,879 mualaf di negeri ini.
“Daripada jumlah itu, seramai 1,118 muallaf didaftar dalam tempoh lapan bulan tahun ini termasuk melibatkan masyarakat Orang Asli,” katanya pada majlis pelancaran kempen Bulan Muallaf Negeri Selangor 2024, hari ini.
Menurut Ahmad Shahir, pihaknya menyediakan 41 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) berbanding 39 pusat sebelum ini bagi memudahkan proses pendaftaran pengislaman.
“Pusat itu berfungsi membantu dan memberi konsultasi kepada individu yang berhasrat mendaftar pengislaman dengan suci hati dan kerelaan tanpa paksaan mana-mana pihak.
“Selain itu, PPP membantu MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam proses penjagaan, perlindungan dan pengajaran kepada golongan berkenaan,” ujarnya.
Tambah beliau, objektif pelaksanaan kempen bulan mualaf itu bertujuan berkongsi pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam termasuk pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri.
“MAIS menyasarkan 1,000 peserta yang melibatkan Gugusan Kampung Orang Asli daripada enam Kampung Orang Asli (KOA) di Selangor.
“Selain dapat menyantuni mualaf, kita mahu memastikan pengurusan pengislaman dilaksanakan dengan lebih sempurna,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source