Pendakian, dua tapak rekreasi popular di Cameron ditutup
CAMERON HIGHLANDS – Semua aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) ditutup sementara dari 18 September hingga 22 September ini susulan keadaan cuaca tidak menentu termasuk jangkaan ribut petir dan hujan.
Menurut kenyataan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, penutupan berkenaan melibatkan semua pendakian di dalam semua HSK Daerah Cameron Highlands berikutan ramalan cuaca ribut petir pada minggu ini.
Selain itu katanya aktiviti di dua tapak rekreasi terkenal iaitu Taman Eko Rimba Mossy Forest dan aktiviti perkhemahan di Taman Eko Rimba Sungai Pauh turut dilarang dalam tempoh berkenaan.
“Bagi tempahan pendakian dan perkhemahan yang telah dilakukan antara 18 September hingga 22 September 2024 pemohon hendaklah menghubungi Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands untu menjadualkan semula tempahan yang dilakukan.
“Segala kesulitan yang timbul disebabkan penutupan sementara ini akan dikesali,”kata kenyataan tersebut.
Sementara itu Titian Kanopi Taman Negara Pahang di Jerantut turut ditutup sementara setelah mengalami kerosakan akibat ditimpa pokok tumbang.
Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) operasi titian kanopi berkenaan ditutup bermula 18 September sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source