Pemain negara singkir pilihan utama
IPOH: Pemain tuan rumah, Eugene Ewe melakukan kejutan besar apabila menyingkir pilihan utama, Koo Takahashi pada Cabaran Badminton Antarabangsa Petronas Malaysia 2024 di Arena Badminton Perak Ipoh, hari ini.
Pemain pilihan ke-14 itu bertarung selama 68 minit untuk menyingkir jaguh dari Jepun itu 21-14,19-21, 21-17 untuk mara ke suku akhir.
Turut mara ialah pilihan keenam, Sholeh Aidil yang mengetepikan Riki Takei dari Jepun (12) 21-15, 22-20.
Ong Zhen Yi (10) dari Malaysia juga mara selepas mengepikan rakan senegara, Tan Jia Jie, 21-17, 17-21, 21-18.
Bagaimanapun harapan yang disandar terhadap Soong Joo Ven, yang juga pilihan keempat tidak kesampaian apabila tumpas kepada pemain Jepun, Minoru Koza 21-13, 8-21, 14-21.
Harapan yang disandar kepada S. Kisona dalam acara perseorangan wanita juga musnah apabila pemain pilihan ketiga itu tumbang kepada pemain India, Mansi Singh 14-21, 21-17, 17-21.
Turut tersingkir ialah pilihan ketujuh, Yulia Yosephine Susan dari Indonesia yang tumbang 14-21, 7-21 kepada rakan senegara, Ni Kadek Dhinda Amartya Prativi.
Pilihan utama Riko Gunji (Jepun) terpaksa mengerah keringat untuk menjinakkan Aishah Sativa Fatetaya.
Tumpas set pertama, 16-21 pemain itu bangkit untuk menundukkan lawan dari Indonesia itu 21-13, 21-11 pada set kedua dan ketiga. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source