Fazura Tak Pernah Keluarkan Kenyataan Mohon Cerai Secara Baik
Pengurusan Nur Fazura menafikan aktres itu pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan butiran permohonan cerai terhadap suami, Fattah Amin.
Memetik BH Online, pengurus Fazura iaitu Iman Tang berkata syarikat pengurusan dam peguam dilantik tidak terbabit dengan apa yang didakwa kenyataan rasmi berhubung permohonan cerai secara baik Fazura terhadap Fattah, seperti yang tular.
BACA: “Fazura Selalu Puji Fattah Amin Seorang Bapa Yang Baik”
Menurutnya lagi, permohonan perceraian tersebut dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara.
“Kami dari pihak pengurusan, peguam dan Fazura sendiri mengesahkan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Fazura sejak tular kisah permohonan cerai.
“Permohonan yang difailkan adalah satu permohonan cerai dengan kebenaran mahkamah sebagaimana kehendak undang-udang,” katanya.
Dalam pada itu, pengurus aktres berkenaan turut menggesa semua pihak berhenti daripada membuat spekulasi mengenai krisis rumah tangga pasangan itu.
“Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelak pelbagai spekulasi,” katanya.
Jumaat lalu, peminat dikejutkan dengan laporan Fazura memfailkan permohonan cerai terharap suaminua di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source