JDT nyaris buat Shanghai Port ‘merana’
PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port 2-2 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Pudong, Shanghai itu, skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio meletakkan sembilan pemain import dengan dua tonggak tempatan diketuai Natxo Insa dan Arif Aiman Hanapi.
JDT yang mempamerkan taktikal serangan balas pantas berjaya mendahului perlawanan hasil rembatan cantik yang dilakukan pada minit ke-45.
Bersambung pada babak kedua, tuan rumah yang berada dalam keadaan tertekan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah penyerang kelahiran Brazil, Gustavo pada minit ke-48.
Namun, Arif Aiman sekali lagi menjadi duri dalam daging pasukan Shanghai Port apabila meledak gol solo kedua yang menarik pada minit ke-54.
Tersentak dengan gol tersebut, Shanghai Port memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan pemain sensasi, Wu Lei.
Gol penyamaan yang dicari akhirnya tiba menerusi situasi set-piece yang berjaya disudahkan oleh Willian Popp pada minit ke-74 dengan keputusan seri 2-2 kekal sehingga wisel penamat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source