Fattah Amin Ke Surau, Tak Nampak Kusut Hadap Berita Cerai
Meskipun hangat diperkatakan mengenai berita kemelut rumah tangganya, pelakon Fattah Amin dilapor tenang di set penggambaran.
Memetik Utusan Online, sumber berkata Fattah yang kini sedang menjalani projek supertele 11 Cinta Sebelum Kamu, tidak pernah buka mulut baik tentang rumah tangga mahupun mengenai isterinya, Fazura.
BACA: Fattah Amin Terkejut, Sedih Isteri Fail Cerai
“Fattah tidak menunjukkan apa-apa respons atau tindak tanduk yang pelik. Dalam set dia nampak fokus kepada kerja. Dia juga beri kerjasama yang baik dengan semua orang di set penggambaran.
“Di luar set, dia akan ke surau dan pergi makan. Waktu itu pun dia masih nampak tenang,” menurut sumber.
Sumber memberitahu semua kru dan pelakon menghormati Fattah dan enggan bercakap mengenai perkara tersebut meskipun tahu mengenai desas desus mengenai rumah tangga aktor itu.
“Setakat ini Fattah tidak buka mulut mengenai hal peribadi. Semua orang di produksi juga tidak bercakap mengenai hal peribadi Fattah. Perkara itu yang membuatkan Fattah boleh fokus,” katanya.
Jumaat lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
SUMBER: Utusan Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source