Kembalikan semula UPSR, ukur keupayaan sebenar murid – Asyraf Wajdi
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan.
Menurut beliau, sistem penilaian berpusat dan terselaras amat diperlukan supaya keupayaan sebenar murid dapat diukur sebelum ke peringkat menengah.
Katanya, berdasarkan pengalamannya, penurunan drastik pencapaian Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara terutamanya bagi pelajar-pelajar luar bandar dan berpendapatan rendah dapat dilihat apabila UPSR dimansuhkan.
“Sebab itulah apabila saya diamanahkan menjadi Pengerusi Mara, saya cuba melakukan intervensi membantu dengan mengadakan bengkel-bengkel khas dan tuisyen percuma kepada pelajar luar bandar.
“Melalui Yayasan Pelajaran, pelajar miskin dan daif luar bandar juga dapat dipastikan supaya berupaya menjawab UKKM dengan baik dan berjaya masuk ke MRSM.
“Saya percaya ramai guru-guru dan yang terlibat langsung dengan sistem pendidikan negara bersependapat dengan saya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum ini, kerajaan pada tahun 2021 memansuhkan sepenuhnya UPSR selepas peperiksaan itu dibatalkan pada tahun 2020 akibat Covid-19.
Bekas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dipetik berkata, keputusan itu dibuat hasil libat urus dengan pelbagai pihak.
Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut serta menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) untuk segera mengembalikak UPSR.
“Betul tu, UPSR perlu dikembalikan. Bila ada peperiksaan, barulah pelajar ada matlamat dan fokus mengejar kecemerlangan dalam pelajaran,” komen Muhammad Faiz Hashim.
“Setuju, sekarang nampak macam anak-anak kurang hala tuju. Jauh beza masa zaman ada UPSR,” komen Sharifah.
“Saya setuju 100 peratus. Pening anak saya kena buat macam-macam sebab nak kena kejar aktiviti untuk naikkan markah dia. Kasihan anak-anak sekarang,” komen Sunarty pula. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source