Sijil halal, tidak semua peniaga mampu
PETALING JAYA – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menyokong usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mewajibkan sijil halal kepada semua restoran yang tidak menyajikan daging babi dan alkohol.
Bagaimanapun kata presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, perkara itu perlu kajian
yang lebih mendalam serta menyeluruh kerana dikhuatiri ia akan menjadi masalah kepada pengusaha restoran yang tidak mempunyai modal yang besar.
Malah katanya, hampir keseluruhan restoran peniaga Melayu di Malaysia menyajikan makanan halal tetapi majoriti daripada mereka belum memiliki sijil halal.
“Presma mencadangkan supaya sesi libat urus terutama bersama peniaga kecil bumiputera perlu diadakan terlebih dahulu untuk kita memahami cabaran yang dihadapi peniaga dari sudut kekangan kewangan susulan kos yang tinggi untuk proses permohonan dan pematuhan pensijilan halal.
“Ia termasuklah aliran proses yang melalui syarat yang ketat. Sebagai peniaga kecil, semestinya golongan ini mempunyai sumber yang terhad untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan kelulusan pensijilan,”katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, tiada pengusaha restoran yang menyediakan makanan halal dengan sengaja tidak mahu melakukan permohonan pensijilan halal kerana pengesahan status halal oleh Jakim pastinya memberikan keyakinan kepada seluruh pelanggan mereka.
Namun katanya, pertimbangan melaksanakan sesuatu dasar yang inklusif perlulah mengambil kira persediaan ekosistem yang tidak membebankan para peniaga yang mengendalikan perniagaan dalam skala yang kecil.
Pada masa masa, beliau berharap agar tiada pihak yang cuba untuk menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan mempolitikkan isu ini untuk melaga-lagakan rakyat melalui permainan sentimen bangsa dan agama.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source