Pupuk persekitaran kondusif pelaburan, inovasi – PM
KUALA LUMPUR: Usahawan Cina tempatan dan antarabangsa mempunyai peranan memberi pandangan dan menasihati kerajaan untuk meningkatkan persekitaran ekonomi yang kondusif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu sebagai usaha untuk menarik pelaburan di samping memacu inovasi dalam negara.
Sehubungan itu, beliau memberi jaminan kerajaan akan mengutamakan peningkatan lanskap ekonomi dan bersedia membuat pengubahsuaian yang perlu kepada sistem serta dasar sedia ada.
“Kerajaan membuat dasar, namun anda (usahawan) yang menasihati kami apa lagi yang perlu dilakukan untuk memupuk persekitaran yang kondusif bagi pelaburan dan inovasi.
“Kami di sini bukan untuk mengatakan yang sistem dan dasar sedia ada sempurna. Tetapi kami mentadbir, belajar dan membuat pelarasan yang diperlukan kerana asasnya tetap adalah kemajuan ekonomi,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Anwar berkata, hanya melalui kejayaan ekonomi para usahawan dapat memastikan terdapat perumahan, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur yang lebih baik untuk rakyat negara ini.
“Inilah yang dimaksudkan dengan keterangkuman, dasar yang bukan sahaja membantu menggalakkan pertumbuhan ekonomi, malah prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia dan China meletakkan asas untuk kukuh kerjasama dan sektor inovatif baharu yang akan memacu ekonomi negara ke masa hadapan.
Katanya, kedua-dua negara menikmati hubungan dua hala yang sudah lama wujud dan disokong oleh hubungan perdagangan dan pelaburan yang teguh.
“China pada tahun lalu kekal sebagai rakan kongsi perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut dengan jumlah perdagangan mencapai AS$98.80 bilion,” katanya.
Katanya, lawatan Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia pada Jun lalu mengeratkan jalinan persahabatan yang berkekalan dan saling menghormati.
“Kita telah menyaksikan pemeteraian kitaran kedua Program Kerjasama Lima Tahun untuk Ekonomi dan Perdagangan dan Memorandum Persefahaman dalam Menguatkan Kerjasama Pelaburan dalam Ekonomi Digital dan Pembangunan Hijau antara kedua-dua negara,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source