“Saya Tak Sempat Nak Benci Sesiapa, Saya Sayang & Maafkan Semua Orang”
Pelakon Ruhainies berkata dia mahu menjalani kehidupan dengan tenang selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Memetik Oh Bulan, Ruhainies berkata dia berdiam diri dari media sosial dan tidak membaca komen-komen negatif netizen bagi menjaga kesihatan mentalnya serta kehidupan lebih baik.
BACA: Netizen Minta Ruhainies Jadi Orix Dalam Sekuel Duyung
“Nama saya merupakan jenama saya, jadi saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjukkan contoh yang baik. Apa yang berlaku pun (kontroversi) cukup kurang baik.
“Apa yang saya boleh katakan, saya tak sempat nak membenci sesiapa… saya sayang dan maafkan semua orang. Saya nak jadi gembira dan hidup dalam keadaan tenang. Sejak isu itu juga, saya tak baca komen-komen negatif sebab saya nak jaga kesihatan mental saya,” katanya.
Sementara itu, Ruhainies berkata dia mahu membina semula namanya selepas terpalit pelbagai kontroversi serta berharap semua pihak dapat memaakan dirinya.
“Sejujurnya, sepanjang 10 tahun saya dalam industri, tak pernah lagi saya terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan saya tapi ini kali pertama. Manusia membuat kesilapan, tak ada siapa yang sempurna.
“Saya harap semua dapat memaafkan dan apa yang saya boleh katakan, saya akan bina balik nama saya secara perlahan-lahan dan betulkan keadaan, Insya-Allah,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source