Misteri budak menangis air mata darah terungkai
NEW DELHI – Sekumpulan doktor di India terkejut apabila menemui satu kes misteri, di mana seorang budak lelaki menangis dengan mengeluarkan air mata darah, lapor portal berita The Sun kelmarin.
Kes membimbangkan itu diperincikan dalam jurnal BMJ Case Reports.
Menurut laporan itu, dalam tempoh enam minggu, aliran darah yang keluar dari mata pesakit menjadi lebih kerap, malah ia diburukkan lagi apabila dia membuang air kecil.
Kanak-kanak lelaki berkenaan pada awalnya menemui pakar mata di Bangalore, dua minggu selepas darah mula mengalir keluar dari mata kanan dan lubang hidung kanannya.
“Tiada sejarah trauma baru-baru ini, pendarahan dari permukaan mukosa lain atau penyakit psikiatri (pada budak itu),” kata doktor dalam laporan mereka.
Selepas pemeriksaan lanjut, pesakit itu didapati mempunyai kecacatan pada saluran darah, selaras dengan kecacatan vaskular.
Selepas merujuknya kepada pakar neuroradiologi untuk ujian lanjut, budak lelaki itu didiagnosis dengan ‘kecacatan arteriovenous (AVM) mikro konjunktiva.
AVM berlaku apabila sekumpulan saluran darah dalam badan terbentuk secara tidak betul, demikian menurut Johns Hopkins Medicine.
Dalam kes pesakit tersebut, AVM ditemui dalam konjunktiva forniceal inferiornya iaitu kelopak mata bawah.
Orang yang mengalami kecacatan pada urat dan arteri mereka selalunya tidak akan mengalami masalah, namuh terdapat risiko pendarahan kerana pembuluh darah pecah. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source