Siasatan Polis Bongkar TASKA Rupanya Sudah 4 Tahun Beroperasi Tanpa Lesen
Seorang bayi berusia lapan bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di Kelemak, Alor Gajah, Melaka, semalam.
Bayi itu sebelumnya telah dibawa ke hospital oleh ibu bapanya selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira 9.15 pagi, Jumaat.
Bapa mangsa, Mohd Fikry Amri berkata dia sudah melihat rakaman CCTV bersama pihak polis dan mendapati pengasuh di taska terbabit telah melakukan beberapa perkara terhadap bayinya.
Pengasuh bedung anak saya, dia sumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup muka dengan bantal.
Dalam pada itu, Amri berkata anaknya baru dihantar ke taska tersebut selama lima hari terkejut apabila mendapat tahu pusat asuhan terbabit beroperasi tanpa lesen sejak empat tahun lalu.
Memang terkejut kerana selama ini saya ingat pusat asuhan itu ada lesen tapi apabila disoal siasat polis, rupanya tak ada dan itu yang amat saya terkilan.
Ketua Polis Alor Gajah Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya telah menahan pengasuh berusia 34 tahun semalam. Wanita tersebut yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak ditahan di taska itu pada 3.30 petang, bagi membantu siasatan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source