Malaysia Airlines lancar penerbangan ke Paris
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines melancarkan penerbangan terus dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), Paris menggunakan pesawat Airbus A350 yang bakal bermula tahun depan.
Laluan bermula pada 22 Mac 2025 itu menjadi destinasi ke-68 Malaysia Airlines, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk ke Asia dan menandakan pencapaian penting dalam peluasan syarikat penerbangan nasional itu ke Eropah.
Pengarah Urusan Kumpulan, Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Izham Ismail berkata, walaupun pasaran Eropah dilihat sangat kompetitif, pihaknya melihat potensi besar terhadap laluan ini bagi menarik pelancong bukan sahaja dari Malaysia, malah negara serantau lain.
“Ia bakal menggunakan pesawat A350-900 seperti destinasi utama kami seperti London serta Doha, sekaligus memberikan pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Izham berkata, Malaysia Airlines sebelum ini pernah terbang ke Paris bermula tahun 1981, sebelum ia dihentikan pada 2016 disebabkabn kekurangan aset pesawat.
Bagi meraikan pengembalian laluan itu, Malaysia Airlines turut melancarkan kempen ‘Time for Paris’ dengan penjualan tiket bermula bermula hari ini, pada tanda harga pengenalan RM3,699 bagi penerbangan pergi balik.
Berhubung perancangan tahun depan, Izham menjelaskan pihaknya akan memfokuskan kepada pasaran Australia dan Asia Selatan.
“Memandang ke hadapan, kami tidak sabar-sabar menanti ketibaan A330neo pertama kami, yang dijadualkan menyertai armada MAG pada Oktober 2024.
“Kami menjangkakan ketibaan lima pesawat A330neo menjelang suku pertama tahun 2025, yang akan berkhidmat untuk pasaran antarabangsa seperti Jepun, Australia dan juga India,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source