Tengok YouTube kena tipu RM1.9 juta
ALOR SETAR – Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun mengalami kerugian lebih RM1.9 juta setelah terpedaya dengan satu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian pada Jun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata, wanita terbabit yang pernah bertugas di Sydney, Australia mendakwa tertarik dengan iklan pelaburan menggunakan nama sebuah syarikat pelaburan antarabangsa di YouTube
“Mangsa yang masih bujang itu kemudian berurusan dengan wakil syarikat dan diberikan penerangan mengenai pelaburan tersebut melalui kelas dalam talian,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa seterusnya membuat bayaran modal berjumlah RM100,000 pada 17 Jun lepas dan diikuti 19 lagi transaksi pembayaran ke pelbagai akaun dengan nilai keseluruhan lebih RM1.9 juta.
“Dia dijanjikan akan mendapat keuntungan dalam tempoh masa sebulan, namun dia tidak menerima sebarang bayaran sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jitra pada pukul 12.37 tengah hari, semalam,” ujarnya.
Tambahnya, siasatan mendapati pelaburan disertai wanita tersebut adalah palsu dengan menggunakan nama Capital Dynamic yang merupakan syarikat pelaburan antarabangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source