‘Baby Emon is on the way’ – Syasya akhirnya sahkan kini hamil
PETALING JAYA – Selepas beberapa bulan mengunci mulut, penyanyi Syasya Rizal akhirnya mengesahkan dirinya bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Syasya, 23, dan suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran Instagram hari ini yang memaparkan dia memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan menyambut kelahiran bayi sulung.
“Alhamdulillah.
“Baby Emon is on the way (baby Emon bakal dilahirkan),” katanya.
Dalam foto yang dikongsi, Syasya juga turut dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bahan bualan ramai.
Bekas anggota kumpulan Dolla itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.
Sementara dalam ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah atas pengumuman berita gembira tersebut.
“Akhirnya diumumkan!”
“Pandai netizen meneka selama ini, tahniah Syasya dan suami.
“Semoga dipemudahkan urusan bersalin Syasya!” komen netizen.
Terdahulu tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Sebelum ini, pada Jun lalu Syasya pernah menafikan khabar angin dia sudah berbadan dua sebaliknya ‘baby bump’ yang didakwa ramai itu hanyalah perut buncit dan pertambahan berat badan.
Syasya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah dalam majlis tertutup yang berlangsung pada 21 April lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source