Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Mr. Dakgalbi bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia
PUTRAJAYA- Status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai surat tular bagi menjawab pertanyaan status halal beberapa premis makanan.
Katanya, untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.
“Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang SPHM.
“Justeru, maklum balas yang disediakan oleh jabatan telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.
Katanya, berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia juga mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.
“Jabatan telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024 pukul 11.36 malam iaitu hari sama diberi maklum balas atas pertanyaan diajukan.
“Untuk makluman pengguna, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source