Wanita Dakwa Diganggu Da’i Syed Ketika Isteri Sedang Hamil
Nampaknya isu membabitkan Da’i Syed masih tiada kesudahan lagi apabila seorang wanita mendakwa pernah diganggu pendakwah selebriti berkenaan.
Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mendakwa Syed menanggunya ketika isterinya, Hana Ismail sedang sarat hamil.
BACA: Da’i Syed Sempat Jumpa Anak Usia 16 Hari Sebelum Dibawa Ke Penjara Kajang
Dakwa wanita itu lagi, Syed tahu bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata namun tetap mengajak untuk berbual menerusi telefon.
“Dia tahu saya dah kahiwn dan ada anak masa itu. Ketika itu isterinya sedang hamil tetapi dia tetap ganggu saya dengan ‘jom call, ’nak call’ (saya tak pernah angkat atau bercakap melalui telefon)” tulisnya.
Menurut wanita itu lagi, pada awalnya dia menyangkakan Syed menghubunginya untuk mendapatkan nasihat peguam namun ianya semakin mencurigakan.
Malah, lebih mengejutkan wanita itu mendakwa Syed mengajak wanita itu menemaninya untuk ke luar negara. Dalam pada itu, wanita tersebut turut merasa kasihan pada isteri kepada pendakwah tersebut.
“Saya fikir dia mungkin nak nasihat undang-undang saja tapi bila dia mula bertanya pasal nak ikut ke Dubai saya rasa sangat mencurigakan,” tulisnya.
Jumaat lalu, Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita berusia 23 tahun lima tahun lalu.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source