Da’i Syed Sempat Jumpa Anak Usia 16 Hari Sebelum Dibawa Ke Penjara Kajang
Umum mengetahui, mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed kerana merogol wanita berusia 23 tahun lima tahun lalu.
Memetik Harian Metro, suasana pilu menyelubungi Mahkamah Sesyen Shah Alam tengah hari tadi selepas hukuman dijatuhkan terhadap pendakwah itu.
BACA: “Kamu Pendakwah, Perbuatan Itu Tidak Dapat Diterima Akal” – Hakim
Da’i Syed yang datang bersendirian dilihat tenang pada mulanya namun sebaik prosiding berlangsung dan Hakim Norazlin Othman mensabitkan dia bersalah, pendakwah itu dilihat menangis di kandang tertuduh.
Hakim kemudian meminta semua pihak membuat rayuan sebelum menjatuhkan hukuman, bagaimanapun peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili pakar motivasi itu meminta kepada mahkamah menangguhkan prosiding sementara bagi membolehkan berbincang dengan anak guamnya.
Sejam kemudian, isteri Syed Shah Iqmal, Nurulhana Ismail yang sedang berpantang anak pertama tiba di mahkamah dan berjumpa suaminya.
Sebaik prosiding bersambung, pendakwaan dan pembelaan mula berhujah mengenai mitigasi hukuman. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norazlin memerintahkan pendakwah itu dipenjara dan sebat atas alasan tindakan tertuduh merogol mangsa tidak dapat diterima akal.
Hana yang berada di galeri awam dilihat menangis manakala Syed Shah Iqmal menangis teresak-esak di kandang tertuduh.
Lebih pilu, kelihatan ahli keluarga lain membawa anak mereka yang berusia 16 hari untuk berjumpa pendakwah itu di mahkamah sebelum dihantar ke penjara Kajang.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source