Anak maut, kereta dipandu bapa langgar pokok
KLUANG – Seorang remaja perempuan maut manakala ibunya parah selepas kereta dipandu bapanya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Taman Seri Impian, Kluang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada pukul 1.40 petang itu melibatkan sebuah keluarga iaitu suami isteri dan dua anaknya.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Nissan Almera dipandu bapa mangsa datang dari arah Kluang menghala ke Taman Seri Impian.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan dan terbabas di tengah jalan kerana jalan basah akibat hujan lalu melanggar sebatang pokok di penghadang tengah jalan.
“Akibat daripada kejadian itu, mangsa, Chu Sin Hui, 14, cedera parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Bahrin lagi, ibu mangsa yang duduk di kerusi penumpang hadapan, Gan Siew Peng, 39, cedera parah di kepala manakala bapa mangsa, Chu Shze Cheng, 39, dan adik lelakinya yang duduk di kerusi belakang penumpang, Chu Hong Yu, 8, hanya cedera ringan di kepala dan badan.
Ujarnya lagi, pasangan suami isteri itu serta anak lelakinya dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dan mangsa dirujuk ke hospital sama untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source