Anggota polis cedera diserang guna gunting pokok
KOTA BHARU: Seorang anggota polis cedera setelah diserang menggunakan gunting pokok oleh lelaki dalam kejadian di Kampung Kijang, Badang, di sini pagi tadi.
Kejadian pukul 1 pagi itu berlaku semasa mangsa bersama sepasukan anggota dari Balai Polis Badang mahu melakukan tangkapan ke atas suspek berusia 30-an berkait kes jenayah.
Pemangku Ketua Polis negeri Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, semasa tangkapan dilakukan suspek telah bertindak menyerang pihak anggota menggunakan dua bilah gunting pokok.
Menurutnya, tindakan suspek itu telah mencederakan kedua-dua belah lengan salah seorang anggota yang bertugas.
“Polis kemudiannya mengarahkan saspuk untuk memberikan kerjasama dan menyerahkan diri, namun lelaki itu masih bertindak agresif dan terus menyerang secara bertubi-tubi aggota bertugas.
“Bagi mempertahankan diri dan keselamatan awam, anggota polis telah melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian peha kiri suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd. Ali memberitahu, suspek kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, suspek kini berada dalam keadaan stabil dan direman selama enam hari sehingga 5 September untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
“Selain itu, supek turut disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source