Delegasi lawat pusat rehab PERKESO
KUALA LUMPUR – Peserta Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 telah mengadakan lawatan ke Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Tun Abdul Razak (PRPTAR) di Melaka.
Lawatan itu turut meninjau perkhidmatan dan teknologi di Klinik Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybernics yang dilengkapi dengan peralatan Robot Suit Hal.
Untuk rekod, PRPTAR merupakan pusat rehabilitasi pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara ketika ini.
Ia sekali gus membuktikan keupayaan PERKESO dalam mengintegrasikan rehabilitasi perubatan dan vokasional serta program ‘Return To Work’ (RTW).
Sehubungan itu, PERKESO dalam kenyataan berkata, pihaknya akan terus memperkasakan perkhidmatan bertaraf antarabangsa itu bagi menyediakan perlindungan yang komprehensif kepada masyarakat.
Pusat Rehabilitasi Neuro Robotik dan Cybernics Kebangsaan di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak bakal menjadi hab perkhidmatan neuro-robotik terbesar di dunia.
Ia dijangka siap pada Mei 2025 yang akan berfungsi sebagai Pusat Kecemerlangan dalam Program Rehabilitasi dan RTW di peringkat serantau dan global.
PERKESO kini mempunyai empat pusat rehabilitasi satelit di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kuala Terengganu, Terengganu dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Kira-kira 18,000 individu telah menjalani rawatan di Pusat Rehabilitasi PERKESO sejak mula beroperasi pada 1 Oktober 2014.
Tambahnya, PERKESO komited dalam memastikan perlindungan yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan visi untuk menjadi peneraju perlindungan keselamatan sosial bertaraf antarabangsa.
ISSA 2024 yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) merekodkan kehadiran seramai 1,667 dari 25 negara. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source