“Turunkan Ego Untuk Bermaafan…Bila Berpelukan Semuanya Kembali Pulih”
Pelawak Ajak Shiro menitipkan pesanan buat rakan-rakan industri yang lain yang berdepan kemelut untuk menepikan ego masing-masing serta kembali berbaik semula.
Netizen Kongsi Kisah Cinta Terpisah Laut China Selatan, Memang Unik & Sweet!
Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak. Kami…
Memetik Kosmo, Ajak berkata hubungannya dengan sahabatnya, Shahrol Shiro kini kembali pulih selepas tiga tahun sebelum memillih untuk melupakan melupakan sengketa lama serta bermaaf-maafan
BACA: Ajak & Shahrol Akhirnya Kembali Bersatu
“Saya dan Shahrol masing-masing sudah tutup buku. Masalah antara kami sudah selesai. Kita kena turunkan ego dalam diri untuk kita bermaafan. Tiada siapa yang untung jika bergaduh.
“Untuk sahabat-sahabat saya yang mungkin sedang berada dalam situasi sama seperti saya, tiada orang lain yang boleh jernihkan keadaan kecuali diri kita sendiri.
“Percayalah sebenarnya masing-masing rindu, masing-masing sayang. Jumpa sendiri, dengar luahan masing-masing dan peluklah masing-masing, insya-Allah hilang semua sengketa,” katanya.
Menurut Ajak lagi, semuanya bermula apabila Shahrol mengajaknya berjumpa ketika dia pulang beraya di Johor dan ketika itu hubungan mereka kembali pulih.
“Bila dah berjumpa, kami terus mengimbau kenangan lama. Dalam bilik dia masih tersimpan replika cek kemenangan kami sewaktu menyertai program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega dulu.
“Bila kami dah bersalam dan berpelukan semuanya kembali pulih. Momen itu membuatkan saya rasa sebak,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source