“Syamsul Terpaksa Akur Tunda Tarikh Baru”
Peguam syarie yang mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais berkata anak guamnya serta Ira Kazar perlu hadir pada 25 September depan bagi sebutan semula kes perceraian mereka.
Netizen Kongsi Kisah Cinta Terpisah Laut China Selatan, Memang Unik & Sweet!
Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak. Kami…
Memetik HibGlam, Azmi berkata pada prosiding itu nanti mahkamah akan bertanya kepada Ira sama ada setuju atau tidak dengan tuntutan cerai.
BACA: 25 September Sebutan Semula Kes Cerai Syamsul, Ira Kazar
“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, jam 3 petang. Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.
“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai respon Syamsul mengenai tarikh sebutan semula, Azmi berkata anak guamnya akur dengan keputusan mahkamah.
“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini. Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu. Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman,” katanya.
Berkongsi keadaan Syamsul berhubung rumah tangganya yang kini dilanda badai, Azmi berkata pengarah itu kelihatan tenang.
“Pada pemerhatian saya, Syamsul nampak tenang sahaja,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source