Cantik sangat Puteri Sultan Pahang berinai
PETALING JAYA – Ramai yang memuji kecantikan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Perkahwinan Diraja Istiadat Berinai yang berlangsung pada malam ini.
Menerusi tinjauan di media sosial, orang ramai meninggalkan komen bukan sahaja terpegun dengan kecantikan Puteri Sultan Pahang, bahkan ramai memuji keanggunan busana pengantin.
“Masya-Allah, cantik sangat Tengku Afzan,” kata Nabil Nurnarissa.
“Apa warna baju Tengku Afzan ni? Cantik,” kata Intan Safinas.
Dalam masa sama, ramai yang berpuas hati berpeluang menyaksikan Istiadat Berinai yang ditayangkan secara langsung di media sosial Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Mujur tak keluar rumah. Dapat tengok sambil baring,” ujar Anis Athirah Zulkifli.
“Terbaik, dapat juga kami tengok ‘live’,” ujar Ellia Norni Elias.
Semalam Kosmo! melaporkan, Tengku Puteri Afzan dan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bergelar suami isteri dalam istiadat akad nikah di Istana Abdulaziz, semalam.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim yang diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi wakil rasmi baginda di majlis tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source