Lelaki buka pintu kecemasan, terjun semasa pesawat mendarat
CANBERRA – Seorang penumpang Jetstar membuka pintu kecemasan, beberapa minit selepas pesawat dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Melbourne.
Dia kemudian melompat keluar dari pesawat dan menggelongsor ke bawah menggunakan gelongsor kecemasan.
Penerbangan JQ507 dari Sydney itu baru saja mendarat di Melbourne kira-kira pukul 10 pagi (waktu tempatan) hari ini apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an membuka pintu keluar kecemasan dan ‘melompat keluar’.
“Kru kabin meminta penumpang itu duduk, namun dia mundar-mandir dan tidak mendengar arahan,” kata hos saluran berita Sky News, Kieran Gilbert.
Penumpang itu kemudian berjalan ke ruang kabin di hadapan sayap kanan pesawat A320-200 itu sebelum keluar menggunakan gelongsor kecemasan.
Dia dengan cepat dihalang oleh kakitangan pengendalian darat.
Penumpang dilaporkan menjerit kepada lelaki itu supaya ‘duduk’ semasa kekacauan berlaku.
Lelaki itu telah ditangkap, dan semua penumpang di atas kapal dibenarkan turun.
Seorang jurucakap Jetstar mengesahkan seorang penumpang ‘membuka pintu keluar kecemasan selepas tiba di Melbourne, yang secara automatik mengaktifkan gelongsor’.
“Penumpang itu telah ditangkap oleh Polis Persekutuan Australia,” katanya.
Seorang penumpang penerbangan itu yang dikenali sebagai Adam memberitahu Sky News bahawa semasa pesawat mendarat, lelaki itu berdiri dari tempat duduknya dan tidak mengendahkan arahan kru kabin untuk terus duduk.
“Ketika kami pesawat bergerak ke pintu terminal, lelaki yang duduk tidak jauh dari saya itu berdiri dan tidak mengendahkan arahan,” katanya.
“Dia kelihatan sedikit terganggu, saya rasa dia mengalami semacam episod psikotik.
“Apabila pesawat berhenti di pintu terminal, dia membuka pintu kecemasan.
“Semua orang ketika itu menjerit dan meminta dia berhenti dan cuba menahannya,” jelas Adam. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source