Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibunuh, Polis Tahan Suspek Usia 17 Tahun – “Mayat Ada Kesan Cedera Di Leher & Kemaluan”
Kanak-kanak perempuan Orang Asli Nuraina Humaira Rosli, 10, yang ditemui maut di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu Sabtu lalu, berkemungkinan dirogol sebelum dibunuh.
Menurut polis, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Siput mengesahkan terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher dan juga koyakan di kemaluan mangsa.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya telah menahan seorang suspek lelaki dalam lingkungan umur 17 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa.
Kita juga mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah bagaimana keadaan mangsa di sekolah. Ini kerana kita difahamkan mangsa mempunyai masalah pendengaran dan lembam.
Dalam pada itu, bapa mangsa percaya anaknya tidak pergi ke tempat mayatnya ditemui seorang diri kerana ia merupakan kawasan yang dijauhi oleh penduduk kampung.
Katanya, kawasan berpaya itu jarang dilalui orang kerana keadaannya yang berair malah disitu juga banyak ular berbisa.
Atas faktor itu pencarian penduduk kampung pada mulanya tidak meliputi kawasan paya itu, sebab semua penduduk sudah sedia maklum tempat itu banyak ular.
Penduduk tak akan pergi ke kawasan itu dan kami melarang ahli keluarga ke sana kerana banyak binatang berbisa. Saya pasti dia tak ke sana seorang diri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source