‘Hantu’ wanita di Austin Heights Utama dicekup polis
JOHOR BAHRU – Seorang wanita yang menyamar sebagai hantu untuk menakutkan pemandu di Jalan Austin Heights Utama di sini sejak beberapa minggu lalu telah berjaya ditangkap polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya melakukan operasi selama tiga minggu sebelum berjaya menahan suspek berusia 31 tahun itu.
Menurut beliau, siasatan awal dibuat mendapati wanita gelandangan itu mempunyai rekod kesihatan mental iaitu kemurungan pada tahun 2022 dan 2023.
“Pada 27 Julai lalu, kita kesan video tular memaparkan seorang wanita menyamar hantu dan menyerang kenderaan awam pada waktu malam di laluan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini hari ini.
Tambah Raub, siasatan awal dibuat mendapati modus operandi digunakan suspek adalah untuk menyergah kenderaan awam dan sekiranya berlaku pelanggaran, suspek akan mengugut pemandu untuk ganti rugi.
“Semakan lampau mendapati wanita itu mempunyai satu rekod jenayah, manakala ujian urin menunjukkan dia negatif penyalahgunaan dadah.
“Wanita itu telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pagi tadi bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan polis sedang menunggu laporan selesai,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source