Andak Bertandak lebih ‘catchy’ – Fasyali Fadzly
KUALA LUMPUR: Penulis skrip dan idea asal teater Andak Bertandak, Fasyali Fadzly mendedahkan tajuk asal teater itu sepatutnya berjudul Barah namun diubah kerana mahu menyuntik elemen menarik.
Menurut Fasyali, perubahan tajuk teater Barah kepada Andak Bertandak diusulkan oleh penerbit eksekutif Mask Team, Shawn Amer selain turut mendapat persetujuannya.
“Andak Bertandak adalah naskhah drama pentas panjang pertama yang saya hasilkan. Seingat saya sekitar tahun 2006 atau 2007.
“Sebenarnya tajuk asalnya ialah Barah. Drama ini dihantar kepada pensyarah pada waktu itu untuk dijadikan persembahan tahun akhir pengajian diploma saya.
“Namun, saya tidak berharap tinggi sebab tidak pernah terjadi dalam sejarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan naskhah pelajar baru untuk persembahan akhir. Tekaan saya tepat, memang pihak universiti tidak gunakan naskhah itu.” katanya yang menyimpan naskhah itu selama beberapa tahun.
Sementara itu, Fasyali turut berkongsi bahawa ketika mula ditawarkan untuk mementaskan karya itu, dia sudah berfikir untuk mengubah tajuk persembahan itu.
“Ketika Shawn dekati untuk mementaskan karya ini, saya setuju. Tapi dia cakap, tajuk teater perlu diubah.
“Saya memang sudah terfikir untuk ubah tajuk teater ini. Tapi tiada sebab pada ketika itu untuk ubah. Namun bila mahu dipentaskan, saya pun cadang beberapa tajuk dan akhirnya jadilah Andak Bertandak.
“Ini juga seperti satu tribute kepada penulis Bidin Subari dan Syed Alwi yang suka guna frasa yang ‘catchy’,” kongsinya.
Bercerita berkenaan karya itu, Dekan Fakulti Teater, Akedemik Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu berkata, teater Andak Bertandak mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden.
“Teater ini akan mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan.
“Biarpun bergenre komedi, teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam kepada penonton yang hadir,” ujarnya lagi.
Teater Andak Bertandak bakal dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.
Karya itu akan dipentaskan pada 29 Ogos hingga 1 September ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).
Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source