“Manusia Kalau Nak Berubah Tak Semestinya Berlaku Bila Balik Umrah”
Susulan penampilannya yang seksi sebaik saja pulang dari mengerjakan ibadah umrah sehingga dikritik dan dicaci oleh netizen, pelakon Eyka Farhana berkata dia tetap menghargai setiap teguran diberikan.
Netizen Kongsi Kisah Cinta Terpisah Laut China Selatan, Memang Unik & Sweet!
Baru-baru ini kami ada terbaca satu ciapan dari pengguna media sosial yang ingin tahu tentang pengalaman rakyat Malaysia bertemu cinta hati mahu pun jodoh dari negeri di seberang Laut China Selatan, Sabah dan Sarawak. Kami…
Memetik BH Online, Eyka memohon maaf jika pakaiannya keterlaluan dan dia masih belum bersedia untuk membuat perubahan dari segi penampilannya seperti yang diharapkan.
BACA: “Pergi Umrah Bertutup Litup, Balik Umrah Skirt Pendek” – Netizen
“Jujurnya, soal penampilan atau perubahan diri terlalu peribadi untuk diperkatakan. Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya.
“Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya. Saya juga mohon maaf jika pakaian saya terlalu berlebihan,” katanya.
Menurut Eyka lagi, dia berpendapat mungkin orang ramai sering bercakap dirinya kerana ambil berat dan dia juga berharap agar dapat perbaiki menjadi lebih baik.
“Insya-Allah, manalah tahu saya akan berubah suatu hari nanti. Manusia kalau nak berubah tak semestinya berlaku bila balik umrah sahaja.
“Dekat Malaysia pun boleh berubah jika diizinkan. Mungkin orang selalu bercakap soal saya sebab mereka sayang dan ambil berat.
“Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik,” katanya.
Berkongsi pengalaman mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, Eyka berkata dia dapat merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasai ketika berada di Tanah Suci.
“Masa mula-mula nak pergi umrah, perasaan teruja silih ganti. Teruja kerana ini kali pertama saya diundang menjadi tetamu Allah.
“Perasaan bimbang pula selepas menyedari kekhilafan yang saya lakukan selama ini. Sebagai manusia, kita tak lepas dari melakukan dosa. Bahkan setiap kali beribadat, terasa seperti Allah begitu dekat dengan diri ini. Situasi itulah yang membuatkan hati tersentu,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source