Hujan hampir seluruh negeri hingga awal malam ini
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan dan ribut petir sedang berlaku di hampir keseluruhan negeri di semenanjung Malaysia ketika ini.
MetMalaysia berkata, bagaimanapun keadaan hujan di negeri-negeri di pantai barat semenanjung serta di selatan negeri Pahang ketika ini dijangka beransur reda menjelang ke awal malam nanti.
Katanya, bagi keadaan cuaca di negeri-negeri utara serta pantai timur semenanjung pula hujan dijangka boleh beransur reda menjelang ke tengah malam nanti.
“Sementara itu di Sabah dan Sarawak pula, hujan dan ribut petir kini lebih tertumpu di bahagian selatan negeri Sarawak, di pantai-pantai barat dan pedalaman di negeri Sabah juga melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan dijangka reda menjelang awal malam nanti.
“Bagi ramalan cuaca lewat malam nanti, di semenanjung Malaysia hujan lebih tertumpu di negeri-negeri utara semenanjung iaitu negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, menjelang ke awal pagi, MetMalaysia menjangkakan hujan lebih tertumpu di bahagian daerah Mersing serta Kota Tinggi, Johor.
“Di Sarawak dan Sabah pula, hujan dan ribut petir dijangkakan lebih tertumpu di bahagian pantai barat di Sabah serta pedalaman Sarawak.
“Namun menjelang ke awal pagi, dijangkakan tiada hujan akan berlaku di kedua-dua negeri ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source