Bekas Kekasih Sebelum Jadi Pelakon Dakwa Amir Ahnaf Pernah Curang?
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai nama pelakon Amir Ahnaf selepas seorang wanita mendedahkan gambar mesra mereka di media sosial.
Terbaru, muncul seorang wanita pula mendakwa pernah menjalin hubungan dengan aktor itu sebelum bergelar pelakon.
BACA: “Setahun Aku Tunggu Dia” – Wanita Kongsi Gambar Mesra Dengan Amir Ahnaf
Memetik Oh Bulan, menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa selama ini dia mengunci mulut namun akhirnya mempunyai keberanian untuk dedahkan kepada umum.
Wanita itu mendakwa mereka menjalin hubungan menerusi TikTok dan kemudian keluar bersama. Malah, Amir turut kenalkan dirinya kepada ibunya.
“Amir mulakan approch saya di TikTok dan masa tu saya dah dua kali menolak tapi disebabkan dia tidak henti mencuba akhirnya saya beri dia peluang.
“Selepas berkenalan, kami keluar bersama termasuk jumpa kawan-kawan saya dan dia juga ada kenalkan saya dekat mak dia masa raya. Saya nampak kesungguhan dia,” tulisnya.
Dakwanya lagi, dia sering memberi sokongan terhadap karier Amir sebagai seorang pelakon meskipun ketika itu aktor itu tiada apa-apa serta dapat merasakan hubungan mereka tidak akan kekal lama.
“Saya tak sedih sebab kami putus tapi sedih sebab awak tergamak berlaku curang dengan saya bila awak mula berlakon. Kenapa tidak putuskan saja hubungan dengan cara ‘lelaki sejati’ dan bukannya dengan berlaku curang. Awak tak layak memiliki saya,” tulisnya.
Wanita ini turut mendedahkan mesej perbualan mereka dan luahan seorang wanita yang mendakwa telah menjadi ‘mangsa’ Amir.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source