Siapakah kafir harbi zaman sekarang?
Saya ada satu persoalan, siapakah sebenarnya dikategorikan sebagai kafir harbi dalam konteks zaman kita sekarang?
JAWAPAN: Kafir harbi merupakan satu istilah yang telah digunakan oleh para ulama sejak dahulu lagi.
Ia merupakan salah satu kategori kafir yang dibahagikan para ulama, di samping kategori-kategori lain seperti kafir musta’min, kafir mua’hid dan kafir zimmi. Secara definisinya, kafir harbi ialah golongan bukan Islam yang memerangi umat Islam dan tiada perjanjian damai dengan mereka.
Hal ini seperti yang disebutkan dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah bahawa: “Ahli peperangan atau golongan al-harbiyyun ialah golongan bukan Islam yang tidak termasuk dalam jaminan perlindungan, serta mereka tidak menikmati keamanan diberikan oleh kaum muslimin dan perjanjian dengan mereka.
Asas kepada pembahagian golongan kafir kepada kategori ini adalah berdasarkan pandangan para ulama antara Dar al-Islam (negara Islam) dan Dar al-Harb atau al-Kufr (negara kufur). Dalam hal ini, penentuan sama ada sesuatu negara itu negara al-harb ataupun tidak merupakan suatu perkara ijtihad daripada para ulama.
Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, asas kepada penentuan ini adalah keamanan seorang Muslim untuk melaksanakan agama mereka. Oleh itu, apabila seseorang Muslim dapat mengamalkan agamanya dengan aman di sesebuah negara, maka negara tersebut adalah Dar al-Islam. Berkaitan perkara ini, beliau menjelaskan: “Sesungguhnya pembahagian negara kepada negara kufur dan Islam adalah perkara ijtihadi berdasarkan realiti semasa pada zaman para imam mujtahid tersebut berijtihad.
Justeru, orang bukan Islam itu tidak termasuk dalam kategori kafir harbi, namun dia termasuk dalam salah satu kategori kafir yang dijaga keamanan dan keselamatannya, sama ada musta’min, mu’ahid atau zimmi.
Dalam hal ini, Islam tidak melarang umat Islam melakukan kebaikan dan persahabatan dengan orang bukan Islam selain daripada golongan kafir harbi.
Dalam konteks di Malaysia, setiap warga negaranya daripada kalangan bukan Islam, maka mereka jauh sekali untuk dimasukkan dalam kategori golongan kafir harbi. Hal ini kerana ia tidak menepati definisi dan tidak mencukupi ciri yang telah ditetapkan oleh para ulama. Oleh yang demikian, perbuatan melabelkan sebahagian daripada warganegara kafir harbi merupakan satu perbuatan yang ekstrem dan keterlaluan. WaAllahu a’lam.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source